Sabtu, 08 Oktober 2011

Pengorbanan untuk kesuksesan

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

Perbedaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. apa yang dapat dipikirkan menentukan apa yang akan
dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal pikiran seseorang ialah apabila ia dapat menjelaskan apa yang ia mau dengan secara ringkas..

Berpikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan

Siapa yang tidak pernah merasakan kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlomba-lombalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat
yang telah dicari – Saidina Ali

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati
menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika.

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Berpikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan
dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu

Jangan sesekali menggadaikan prinsip, demi untuk mendapat dunia yang menggiurkan

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri

Setiap manusia adalah arsitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya
seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang
dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa
yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk
dipersalahkan daripada mencoba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang
kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan
memberitahu semua yang kamu dengar.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar